Friday, May 11, 2018


5 CARA UNTUK BELI RUMAH 

TANPA MODAL



Sering kali saya mendapat banyak orang PM saya untuk mengajar dia orang cara untuk beli rumah pertama mereka tanpa modal kerana mereka tak mampu nak kumpul duit deposit pertama mereka. Jadi saya pun menerangkan kepada mereka setiap seorang dan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Jadi apa kata, hari ini saya nak kongsikan 5 cara untuk membeli rumah pertama anda tanpa modal. Anda semua nak tak?

1. Mark up loan rumah.

Cuba cari rumah sub sale di internet seperti Mudah.my, iproperty, propertyguru dan sebagainya dan hanya cari rumah yang di bawah harga pasaran. ( Below market value). Adalah dinasihati untuk mencari rumah di bawah pasaran dalam linkungan 10-15 peratus bawah pasaran. Boleh check info lanjut di Brickz.my. 

2. Pindah nama loan pemilik asal kepada loan baru anda.

Kebiasaannya akan ada owner rumah yang agak desperate kerana sudah lama hutang loan rumah sudah tertunggak beberapa bulan. Dalam situasi ini, owner rumah biasa akan jual rumah mereka dengan harga yang di bawah pasaran.

3. Bayar yuran guaman dengan cara cash out.

Ambil lagi satu contoh, rumah itu dijual pada harga lebih murah RM 50,000 dan 10% pertama hanya RM 35,000 jadi ada duit lebihan RM 15,000 yang boleh anda keluarkan untuk bayar kos guaman dan loan agreement fee anda. Jadi, bolehlah anda beli rumah anda tanpa modal langsung.

4. Cari pasangan/partner dalam pembiayaan duit muka

Ini biasanya boleh dengan anda mencari rumah tersebut dan partner anda yang bertanggungjawab untuk pembayaran duit muka tersebut.

5. Sewa dulu beli kemudian

Cari rumah idaman anda dengan cara sewa dulu dan beli kemudian dengan cara membuat perjanjian dengan opsyen  untuk membeli kemudian. Jika anda mempunyai pilihan pajakan selama 5 tahun, pada akhir masa itu, anda perlu membeli rumah dan boleh mendapatkan pinjaman bank kemudian. Sementara itu, anda boleh menggunakan masa untuk menetapkan kredit anda dan / atau menyimpan untuk bayaran pendahuluan. Sesetengah kontrak mungkin meletakkan sebahagian atau semua jumlah sewa ke arah pembayaran balik.

Sekian di sini dan belanja share kan post ni! Jika anda berminat untuk beli rumah pertama anda tanpa modal sila klik link di bawah atau call 019-6665513 untuk mendapat info secara lebih lanjut.


No comments:

Post a Comment